2017年3月1日星期三

Permohonan Penempatan Murid Ke Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan 2018/2019

Permohonan Penempatan Murid Ke Tahun 1 boleh dibuat bagi kanak-kanak (warganegara sahaja) yang lahir pada tarikh berikut:

      Sesi Persekolahan 2018: 02/01/2011 hingga 01/01/2012 (6 tahun)
      Sesi Persekolahan 2019: 02/01/2012 hingga 01/01/2013 (5 tahun)

Sila mohon melalui atas talian bermula 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017 dengan melayari:




Sila rujuk dokumen di bawah untuk langkah-langkah pendaftaran atas talian:
http://gg.gg/eDaftarRendahSecaraDalamTalian

Selepas pemohonan dan hantar atas talian, sila cetak dokumen berkaitan, dan hantar bersama dengan dokumen berikut kepada pihak sekolah dalam tempoh 2 minggu:
  1. Sijil lahir kanak-kanak (dokumen asal dan salinan)
  2. Kad MyKid kanak-kanak (dokumen asal dan salinan)
  3. Kad Pengenalan ibu bapa/ penjaga (dokumen asal dan salinan)
  4. Surat Nikah/ Sijil Perkahwinan  ibu bapa (dokumen asal dan salinan)
  5. Bukti alamat tempat tinggal, seperti  Bil elektrik/ bil air/ bil telefon (dokumen asal dan salinan)
  6. Rekod Kesihatan Imunisasi
  7. Surat Perintah Hak Penjagaan Anak/ Sijil Anak Angkat untuk anak angkat/ keluarga tunggal (dokumen asal dan salinan)
  8. Kad OKU jika berkenaan (dokumen asal dan salinan)
      *Catatan: Pihak sekolah akan mengembalikan dokumen asal setelah disemak

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak sekolah: 04-6436559

没有评论:

发表评论