Pada 28 September 2012, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet Tahun 2013 telah meluluskan
peruntukan sejumlah RM540 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan
RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun
2013. Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan
pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.